Timbalan Perdana Menteri, Dato. Sri Abdullah Ahmad Badawi, naik berang kerana pelajar-pelajar berdemo untuk
menyelamatkan sekolah mereka. Dia menuduh para
ibubapa pelajar itu mengajar anak-anak mereka dengan kelakuan yang tidak senonoh.
Tetapi, menteri
pendidikan, Tan Sri Musa Mohamed telah pun membuat keputusan bahawa SRK(C)
Cina di
Damansara itu tidak perlu dipindahkan lagi. Mengikut menteri itu, kalau 1,000
pelajar
yang telah berpindah ke kawasan sementara tidak mampu memujuk 100 pelajar yang
bertegas
enggan berpindah mereka semua terpaksa berpindah balik ke sekolah lama. Tanpa
syarat itu
bolehkah beliau berlembut? Lagi pun polis sedang berkawal di depan pintu masuk
sekolah
untuk menyekat yang 100 pelajar itu daripada memasukinya.
Kisah pengalihan sekolah ini, sebenarnya menguntungkan satu kumpulan manusia
yang
bergelar ‘Super-Bumiputra’ ataupun (aka) seorang peniaga antarabangsa yang
tidak ada
tolok bandingnya, yang bernama Tan Sri Vincent Tan dan adiknya Dato’ Daniel
Tan. Inilah
caranya mereka menimbun satu empayar hutang besar di Darul Boleh. Inilah caranya
mereka
bermuka-muka untuk menjadi kroni yang diperbadankan. Peranan Super Bumiputera dalam usaha
mengaibkan Insan yang Mesti Dimusnahkan Dengan Apa Cara jua mesti didedahkan.
“Kejayaaan” yang dicapainya secara berkesinambungan dalam Darul Boleh bergantung
kepada beberapa peranan yang terpaksa dilakukannya untuk menerima kerugian dan kekalahan. Demikianlah
“kejayaan” yang dicapainya setiap projek penswastaan yang
diserahkan
kepadanya di atas dulang kencana menghadapi kegagalan, dan seperti kisah
Oliver Twist,
dia akan datang mengadap lagi untuk mendapatkan habuan baru lagi. Dia terus
disokong
dan diberikan kemudahan kerajaan walaupun dia kerap menunjukkan kebebalan
untuk
melaksanakan janji-janji yang dituturkannya.
Kenapa?
Dasar yang dirangka oleh kerajaan adalah laksana sebiji bawang. Pada kulitnya,
ia
kelihatan seperti sesuatu yang dilakukan untuk kepentingan awam. Tetapi apabila
kulit
itu dikopek dan isinya dilihat, seseorang akan dapat melihat penglibatan
peribadi
pihak yang memegang kuasa. Setiap kali sesuatu lapisan isi itu diperiksa, persis mengopek bawang, akan semakin jelas kereputan dan kepentingan diri pihak yang
sedang
berkuasa, yang melibatkan para kroni, suku-sakat dan juak mereka. Pada satu
ketika
kerajaan terlalu angkuh terhadap sesiapa yang menyanggah mereka. Kini,
keangkuhan itu
tidak laku lagi. Setiap dasar rasmi kerajaan menjadi satu titik pendedahan
yang
melumpuhkan pihaknya kerana disanggah. Lagi banyak kisah mempertahankan
kepentingan
peribadi, lebih banyak lagi arang keaiban yang akan terconteng di muka ketokohan
kerajaan.
Kumpulan Super Bumiputera dan para kroni, suku-sakat, dan juak mudah mengeluarkan
belanja
sogokan untuk membuat yang memperlekehkan rakyat marhaen dengan tujuan memberi
ruang
kepada orang lain untuk meraih keuntungan besar daripada projek itu. Kerana
itu,
walaupun dia diaibkan dalam kisah SRJK (C) itu, dia masih mampu berlenggang ke
bank untuk
menyelesaikan hutangnya. Ada lagi cerita dalam kisah ini yang membabitkan
padang
sekolah yang luasnya hanya 0.38 hektar. Di sebelah padang itu terletak satu
kampung
setinggan yang luasnya sekitar enam hektar. Ini adalah satu perkampungan
setinggan
yang dihimpunkan di situ di zaman darurat dulu sebagai taktik mengnyahkan
bekalan
makanan kepada kumpulan pengganas. Seperti penghuni perkampungan baru (kem
perkampungan darurat), mereka menetap di situ atas syarat pajakan sementara, yang sudah pun
pupus
tarikhnya. Para penduduk di situ, sepatutnya diberikan hak milik tanah mengikut
hukum
undang-undang, tetapi dalam hal ini, mereka dinafikan hak itu. Kerajaan memang tidak berminat melunaskan janji-janji lama kepada setinggan itu kerana adanya
kumpulan
terpilih yang akan meraih keuntungan maha besar dalam perkara itu. Saya
diberitahu
betapa semua geran hakmilik telah sengaja diperam. Apa tidaknya, kalau harga
semasa
tanah di situ adalah sekitar RM300 bagi setiap satu kaki padu.
Pengalihan sekolah di situ adalah langkah pertama untuk menjolok penduduk di
situ keluar
dari situ. Tanpa melakukan tindakan itu, ibu bapa kanak-kanak yang terbabit
sudah tentu
merasa tergigit oleh kenaikan tambang bas yang naik menyungkit. Sekolah yang
baru
dijanjikan itu sepatutnya akan dibina berdekatan dengan Tropicana Resort yang
terletak beberapa kilometer jauhnya daripada sekolah yang ada. Pemiliknya ialah kumpulan
Super Bumiputera itu. Inilah caranya yang dilakukan dengan jayanya di masa yang lalu.
Kali ini
ia tidak mudah dilakukan kerana semua kejijikan ini telah didedahkan dalam
akhbar
bertulisan Cina. Akhbar media yang lain tidak mempunyai agenda begini kerana
lebih suka
memberi tumpuan kepada berita dongeng yang dikatakan lebih sensasi.
Semakin jelas kini, apa yang diluahkan oleh Menteri Pendidikan itu adalah
sesuatu yang
tidak berniat suci. Begitulah juga kalau ada pembabitan kementerian yang lain.
Itu
sebabnya semua orang tertanya-tanya kenapakah MCA, Gerakan dan para menteri
sekelian
tiba-tiba bersikap berdolak-dalik ataupun bersikap mengelak semata.
Kalaulah benar kerajaan merancang memindahkan sekolah itu disebabkan laluan
lebuh raya yang diperbesarkan, kenapakah sekolah yang baru itu tidak mula dibina sebaik
sahaja
kerja-kerja persediaan membina lebuh raya itu bermula? Bukankah para pelajar itu
sudah
boleh dipindahkan di sekolah yang sudah siap terbina? Buat masa ini,
perpindahan
dilakukan kepada kawasan sementara, dalam satu sekolah cina kerajaan yang padat
dan
tumpat kesesakannya. Yang lebih mengaibkan siapa boleh memberi jaminan bahawa
sekolah
yang dijanjikan itu tidak akan terbina langsung?
Sebagai perbandingan cuba kita lihat cerita lama membabitkan Sekolah (terkenal )
MGS di
bukit Bintang. Tapak tanah sekolah itu telah pun diagihkan kepada seorang kroni
bernama
Tan Sri Francis Yeoh yang amat memerlukan tapak tanah itu dengan segera.
Sebaliknya dia
mengambil satu masa yang panjang untuk membina satu sekolah gantian yang baru di
Cheras.
Kerajaan terlalu kerap memberitahu kita bahawa pendidikan ialah “nadi pendidikan
negara”.
Kalau begitu kenapakah saluran darah itu selalu sangat dicemari oleh AIDS?
-MGG Pillai-
18 Januari,2001.